Saturday, September 30, 2017

♥ Idola Sebenar Kita ♥

“Sesungguhnya pada Rasulullah ikutan yang terbaik bagi kamu. Iaitu bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan kedatangan Hari Kemudian, serta ia bannyak mengingati Allah”.

Muhammad Rasulullah, satu nama yang belum pernah dimiliki orang Arab sebelumnya. Peribadi yang mengesankan. Dia diakui sesiapapun, termasuk yang memusuhinya. Baginda lahir dengan membawa beribu cahaya kedamaian, keberkahan dan keselamatan. Baginda tumbuh menjadi pemuda luarbiasa. Sifat-sifat terpuji sangat menonjol menghiasi diri Baginda. Baginda pernah tiga hari berturut-turut menunggu seseorang di persimpangan jalan iaitu Abdullah bin Abi al-Hinsa yang lupa janjinya dan bertemu dengan Muhammad pada hari keempat secara tidak sengaja. Ketika bertemu, Baginda berkata: “Saya telah berada di sini selama tiga hari menepati janji-janji saya”. Tiada ungkapan marah, apatah lagi tumbukan atau pukulan. Ya Rasullah, betapa ingin kami mengikutimu…Baginda pernah mengejar pembeli unta-untanya kerana menyadari bahawa seekor dari unta yang Baginda jual itu ada cacatnya. Kemudian baginda mengembalikan harga unta tersebut. Kini, adakah kita temui peniaga yang sejujur ini? Ketika Ka`abah dibaikpulih, persengketaan berlaku sehingga keputusan diambil siapa yang pertama memasuki Ka`abah keesokan harinya yang berhak menjadi hakim. Baginda orang pertama memasuki Ka`abah. Terselah kebijaksanaan baginda dan tersiarlah keadilannya. Kini, adakah hakim yang seadil ini? Ya Rasulullah, bimbingan Allah sentiasa menyertaimu…

Ketika ayat pertama turun, babak baru muncul dalam hidup Muhammad al-Amin. Pulangnya kerumah meminta diselimutkan penuh ketakutan. Khadijah isteri tersayang menenangkan, membelai dan memberi perangsang. Kini, bersedihkah kita menjadi isteri semulia Khadijah? Misi Ilahi dilaksanakan seiring dengan kemuliaan akhlak. Tidak pernah mengecewakan sesiapapun yang bertanya atau meminta. “Ya Rasulullah, aku ingin masuk Islam tetapi tidak mahu meninggalkan zina…”, “Ya, tetapi bagaimana sendainya ibumu, makcikmu, kakakmu, adikmu atau puterimu dilakukan demikian oleh orang lain?". Menangis orang itu penuh keinsafan terhadap kebodohannya.
Begitu juga dengan kisah seorang yang pernah menghantar hadiah sebanyak 70,000 dirham kepada Baginda. Serta-merta wang itu diletakkan di atas tikar dan dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin sehingga habis. Tiba-tiba datang seorang lelaki meminta bahagiannya. Baginda berkata: “Sekarang daku tidak punya apa-apa lagi, tetapi berhutanglah atas namaku, nanti aku jelaskan bayarannya?"

Sambutan hari Malaysia dan Kemerdekaan SK SAMPADI SARAWAK

Assalamualaikum..lama tak berblog..pada 16 september 2017 sekolah sy adakan sambutan hari Malaysia.
Secara tak langsung memupuk murid2 semangat cintakan negara kita..sungguh meriah
Comelkan anak2 sarawak ni..
Ada persembahan tarian lagi dari anak2 murid
Sekitar perbarisan keliling kampung..inilah wajah2 anak2 murid sy..almaklumlah sy ni guru kelas tahun 1..hehe
Itulah pakaian traditional orang iban..memag meriah sambutan kali ini..
Banyak lagi gambar2 lain..tak dpt nak letak banyak2..setakat itu sahaja ye..
Sy cintakan negara malaysia..muahhh

Rumahku Syurgaku~

Alhamdulillah..syukur kami sekeluarga panjatkan pada Allah, akhirnya sy dan isteri serta anak kami punya rumah sendiri, walaupun simple tp k...