Saturday, November 6, 2010

Salahkah Bila Berubah?

Izzat mengerutkan dahi memandang teman sebilliknya menumbuk tendang batang pohon, melepaskan amarahnya.
Pagi tadi bukan main gembira Aliuddin melangkah keluar dari bilik. Tapi Aliuddin yang berada di hadapannya kini...
"Ali, bangun sembahyang Subuh. Dah lewat ni."
"Diamlah kau. Aku nak sembahyang ke, tak nak ke, kau peduli apa? Kubur masing-masing."
"Memang la kubur masing-masing. Kalau kubur kita sekali, bolehlah aku backup kau. Kau tak sembahyang, aku boleh tolong cover."
Aliuddin menarik selimut lalu memekap mukanya dengan bantal. Izzat hanya menggeleng-gelengkan kepala.
Suasana menyepi seketika. Hakim menepuk-nepuk bahu Izzat, mengisyaratkannya supaya ke tepi.
Dia dekat ke tepi Aliuddin lalu menjerit, "Bangun Subuh!" Aliuddin yang tersentak bangun terduduk dengan matanya terbeliak bulat.
Melihatkan wajah takut teman sebiliknya itu, Hakim ketawa mengekek.
"Nasib baik kaki aku sakit. Kalau tak, kau sarapan kaki aku pagi ni."
Ketuk ketampi tiga ratus kali dan dirotan di kaki. Denda yang menyebabkan kakinya sakit yang amat.
Denda atas perbuatan memancitkan tiga tayar kereta guru yang menyagat rambutnya.
Ini bukanlah kali pertama dia didenda dan mungkin bukan yang terakhir.
Dia cuba bangun dari katil tapi kakinya terasa perit untuk berdiri. Malah hendak duduk kembali pun dia tak mampu.
Mukanya berkerut menahan kesakitan.
"Kau tak apa-apa ke?" Izzat bertanya.
"Aku nampak macam tak ada apa-apa ke?" Aliuddin bersuara garang.
Hakim cuba untuk membantu memapah tapi ditangkis keras oleh Aliuddin.
Dia menguatkan diri untuk melangkah padahal dalam hati menjerit menahan sakit.
Memang Aliuddin tidaklah sebaik nama yang diberi, namun cara pengurusan sekolah mengatasi pelajar bermasalah hanya menambahkan lagi dendam di dada.
Pernahkah guru yang memberi denda itu merasai betapa sakitnya kaki setelah ketuk ketampi beratus kali?
Di sebalik hukuman-hukuman pihak sekolah, kenapa agaknya pendekatan yang diambil lebih kepada menghukum pesalah sedangkan fungsi sekolah ialah memanusiakan manusia?
Esok cuti sekolah bermula.
Sebaik sahaja loceng berbunyi, Aliuddin meluru ke asrama, mengejar tombol pintu biliknya.
Cepat-cepat dia menukar baju lalu berlari ke tempat perhentian bas.
Tidak sabar rasanya ingin pulang ke kampung. Di dalam perut bas, dia mencapai buku komiknya, sekadar membaca melepaskan kebosanan yang mula menghantui.
Ada sesuatu yang jatuh dari celah-celah muka surat komik itu. Sepucuk surat.
(I) Isyak, (S) Subuh, (L) Luhur (Zuhur), (A) Asar, (M) Maghrib
Kalau kita tinggalkan salah satu daripadanya, kita sudah bukan Islam lagi.
Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Allah s.w.t. berkata keada Nabi Muhammad s.a.w., "Aku ambilmu sebagai kekasih.
Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu.
Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.
Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat.
Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat.
Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu.
Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy.
Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar.
Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu.
Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang."
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu.
Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Izzat, Sahabatmu
Bas meluncur laju membelah malam.
Dia melabuhkan pandangannya ke luar tingkap. Pokok-pokok ketapang di pesisir lebuh raya berbalam. Melambai-lambai gemalai ditiup angin.
Sinar bulan malu-malu menjenguk alam. Debar jantung tiba-tiba menderas.
Dia menatap semula surat itu. Dibacanya berulang-ulang kali. Bicara ayat-ayat mengelus jiwanya yang layu.
"Kau ni ada masalah apa? Kalaulah pokok tu ada tangan, terkulai layu kau dibuatnya."
"Budak-budak tu la..." mulutnya memuncung ke satu arah.
"Budak-budak mana?" Izzat mencari-cari kelibat orang.
"Aku jalan-jalan tadi, terdetik dalam hati nak sembahyang kat masjid.
Elok je aku nak langkah masuk pagar masjid, Si Shukri tu perli-perli aku. Dia kata dia nak tengok selama mana muka ahli neraka macam aku ni boleh jadi baik.
Sampai aku habis solat pun dia tak henti-henti lagi mengumpat aku. Geram betul la!" Satu tumbukan padu dilepaskan.
Daun-daun kering mula berguguran. Menari-nari lalu jatuh menapak lantai bumi.
"Muka aku ni ada cop neraka ke? Aku jadi jahat pun salah, jadi baik pun salah."
"Meh sini aku check." Izzat membelek-belek muka Aliuddin. "Ish..." Aliuddin menepis tangan Izzat, merenung tajam kawannya itu. "Dia saja main-main kot."
"Kalau main-main, orang takkan sambung dengan mengumpat."
"Biarlah... Bila dia mengumpat kau, kau dapat pahala. Kau sepatutnya gembira dapat pahala free."
"Pahala free? Kenapa pula?"
"Bila kita mengumpat orang, orang yang diumpat dapat pahala, kita dapat dosa."
"Owh... ye ke?" Izzat mengangguk.
"Aku dapat pahala?" Aliuddin senyum tersipu-sipu sambil tangannya memeluk batang pokok.
Izzat hanya menepuk dahi melihat telatahnya.
Berhimpit jerami di balik meranti,
Saying cemara akar terendam,
Kasih bersemi ikhlas di hati,
Menyejuk bara menghilir dendam.

PERMINTAAN KU PADA-MU YA RABB...


Ketika aku meminta kekuatan..Engkau memberi kesukaran..Kerana...melaluinya aku menjadi kuat..

Ketika aku meminta kebijaksanaan..Engkau memberiku masalah untukku selesaikan..Kerana...melaluinya aku dapat pengalaman..

Ketika aku minta kemewahan..Engkau memberiku akal untuk bekerja..Kerana... melalui berfikir aku melihat cara..

Ketika aku meminta ketabahan..Engkau memberiku rintangan untuk dihadapi..Kerana...melaluinya aku akan teruji..

Ketika aku meminta cinta..Engkau memberiku insan-insan menderita..Yang perlu aku beri bantuan..Kerana...melaluinya perasaan cinta akan bermula..

Ketika aku meminta bantuan..Engkau memberiku peluang..Kerana...melaluinya aku mula mencuba..

Betapa indah dan bermaknanya hidup ini..Kerana Engkau tidak pernah memberi apa yang aku pinta..Tetapi..aku menerima segalanya yang aku perlukan..Demi membantu aku meneruskan kehidupan..

Subhanallah...Syukran Ya Rabb...Kerana secara tidak langsung..Aku telah menerima segalanya dari-Mu...Syukran Ya Allah...

Friday, November 5, 2010

waktu tidur yg bermanfaat

Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :

1. Tidur ketika perlu tidur.
2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI

[Pertama] Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

[Kedua] Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga] Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat] Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima] Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah
[1] tidur di waktu pagi,
[2] sedikit solat,
[3] malas-malasan dan
[4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)

[Keenam] Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)

wallahua'lam

kisah seorang adik

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah – ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

“Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,

“Saya yang ambil!”

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.

“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,

”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

“Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”

“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.

“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg….!!!

Sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

“Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”

“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,”
aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

“Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.”

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..

“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”

Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”

Sambil tersenyum dia menjawab,

“Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,

“Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”

“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”

Apalagi…aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.

“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”

“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.

“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.

Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,

“Siapakah orang yang paling anda sayangi?”

Spontan adik menjawab,

“Selain emak, kakak saya….”
 katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”
“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria. Aku bersyukur kerana dia adalah seorang lelaki,keras luarannya namun sangat lembut hatinya, dan aku bersyukur kerana..dia sangat mengenang budi orang yg berbakti padanya..

“Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

Kaum Hawa..Kene Bc..Check dulu TUALA WANITA yang anda pakai




Cerita ni sebenarnya dalam bahasa CINA so di translate cerita nie dalambahasa melayu....HATI-HATI bila pakai TUALA WANITA..check dulu expired date...Kualiti...dan paling PENTING kebersihanya...takot2 ada pulak telur binatang dekat atas tuala wanita tu...

Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taula dr negara mana telahmengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan ....Be lia u seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALAWANITA...disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkantuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..Almaklumla kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satupembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu.....lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcmorang2 mengandung tu...Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa apepenyakit anaknya..dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telahMENGANDUNG.....maka hairanla si anak..dia menafikan bahawa dia mengandung kerana diatidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukanhubungan seks..Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 EKOR ANAK TIKUSyang dikandungkan oleh pelajar terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJARTERSEBUT..MUNGKINN.....doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut keranadidapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akanmemakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut....kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu,...pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana merekatelah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiridijangkiti virus tikus yg kotor itu...

Moral of the story.......*NAK BELI PAD TU CHECK DULU EXPIRED DATE..*MAKE SURE PAD YG DIBELI TU BEBAS DARIPADA KOTORAN ATAU TELUR2BINATANGSILAP2  KANG ADA TELUR LIPAS BERANAK LIPAS LAK LEPAS NI...*SAMA2 MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMASTIKAN KEJADIAN SEPERTI NIE TAKTERJADI

ATTACHED DUA GAMBAR ANAK2 TIKUS TU SELEPAS PEMBEDAHAN DILAKUKAN...

SOALAN MENGUJI KECEKAPAN MINDA Ujian dementia untuk menguji betapa cekapnya anda!!


Di bawah ada 4 soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?


Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?

Jangan lihat jawapan dulu, teruskan jawab soalan kedua


Soalan Kedua:

Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat..?

Adakah anda pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya?


Soalan Ketiga:

Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan dengan fikiran sahaja. Jangan guna kertas dan pensil atau kalkulator. Cuba lah...

Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30..Campur lagi 1000. Campur lagi 20..Campur lagi 1000. Campur lagi 10..Berapakah jumlah semua?


Soalan Keempat:

Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?


Okay, cuba jawab Soalan Bonus:

Sorang bisu pergi ke mini market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan menggayakan lakonan memberus gigi dia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan dia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini market untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu akan hasratnya?




JAWAPANNYA:


Jawapan Soalan Pertama:

Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!


Jawapan Soalan Kedua:

Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi..siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir, bukankah anda org yg terakhir?


Jawapan Soalan Ketiga:

Adakah jawapan anda 5000? SALAH!!Jawapan sebenar adalah 4100.

Jika anda tidak percaya gunakan cuba kira menggunakan kalkulator! Mungkin ini bukan hari anda kan? Cuba tengok jawapan terakhir anda..mungkin anda betul


Jawapan Soalan Ketiga:

Adakah jawapan anda Nunu? Salah! Sudah tentu SALAH!!Namanya Mary. Tak puas hati? Baca semula soalan!


Jawapan Soalan Bonus:

Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajatiMudah bukan? hahaha

Monday, November 1, 2010

knp anda perlu menghargai diri anda sebagai seorang wanita Islam?

wanita..
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya , 2. isterinya , 3.anak perempuannya , dan 4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya, 2. ayahnya, 3. anak lelakinya dan 4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu 2. puasa di bulan Ramadhan 3. taat suaminya dan 4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

🌙 Ramadan: Bulan Yang Menyentuh Hati dan Menyucikan Jiwa

  Ramadan hadir bukan sekadar membawa kewajipan berpuasa, tetapi membawa pulang hati-hati yang lama tersasar kepada fitrahnya. Setiap kali t...