Wanita dan kecantikan sangat sinonim. Dua-dua ini tidak akan
terpisah dan tidak boleh dipisahkan. Kecantikan adalah aset dan lambang
kewanitaan.
Wanita
yang berasa dirinya tidak cantik akan berasa sedih dan merendah diri. Mereka
mudah malu dan hilang keyakinan berhadapan dengan orang ramai. Mereka seakan
berasa persepsi orang terhadap mereka buruk-buruk belaka.
Berbeza
dengan wanita yang cantik. Langkah mereka penuh dengan gaya dan bertenaga.
Senyuman mereka tidak putus-putus menghiasi waja. Sungguh berkeyakinan. Mereka
sentiasa yakin bahawa orang ramai suka melihat diri mereka.
Pada
sisi saya, sebagai seorang lelaki. Berbohong jika saya cakap tidak tertarik dan
suka kepada wanita yang cantik. Kerana itu memang lumrah seorang lelaki. Dan
itu juga satu sebab kenapa wanita sering menonjolkan kecantikannya.
Tapi
ingat satu perkara...
"Wanita yang tidak cantik luar tetapi
cantik dalam masih lagi dapat dilihat kecantikannya. Berbanding wanita yang
cantik luar tapi buruk dalam, mereka hodoh sebenarnya!"
Kecantikan
dan Wanita
Kecantikan
itu aset dan keagungan wanita. Ketahuilah bahawa kecantikan seorang wanita
bukan terletak pada wajahnya tetapi kelembutan jiwanya!
Saya
tertarik satu rangkap daripada lirik lagu
"Sedarilah insan istimewa,
Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan"
"Sedarilah insan istimewa,
Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan"
Apabila
kecantikan pun perlukan perhiasan, maka kecantikan itu belumlah sempurna. Maka
kita tahu kecantikan itu tidaklah cantik tanpa kelembutan jiwa dan tingkah
lakunya. Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan kita, bahawa paras rupa juga
bukanlah suatu nilaian yang hakiki. Fizikal bukanlah fokus pandangan Ilahi
tetapi ianya terletak di dasar hati seorang hamba.
Daripada
Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: "Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras
kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu."
(Hadis Riwayat Muslim)
(Hadis Riwayat Muslim)
Fikirkan
Cantikkah seorang gadis remaja yang sering melepak dan berpeleseran di luar sana?
Cantikkah seorang isteri yang sering derhaka dan melawan cakap suami?
Cantikkah seorang ibu yang sering menengking dan mendera anaknya?
Cantikkah seorang wanita yang gemar mengeluarkan kata-kata keji dan kesat?
Cantikkah wanita yang berpakaian dan berperangai seperti lelaki?
Cantikkah seorang gadis remaja yang sering melepak dan berpeleseran di luar sana?
Cantikkah seorang isteri yang sering derhaka dan melawan cakap suami?
Cantikkah seorang ibu yang sering menengking dan mendera anaknya?
Cantikkah seorang wanita yang gemar mengeluarkan kata-kata keji dan kesat?
Cantikkah wanita yang berpakaian dan berperangai seperti lelaki?
Tidak
walaupun sesekali.
Wanita
yang hilang sifat kelembutan jiwanya akan menenggelamkan kecantikan luarannya.
Bahkan
seorang wanita yang lembut jiwa, malu apabila dirinya kelihatan cantik kerana
lembut jiwa ia hanya menumpu kasih pada bakal sang suami. Bukan lelaki ajnabi.
Mereka tidak rela 'cantik' mereka dinodai oleh mata-mata asing. Hatta lelaki
yang bersifat 'kaki perempuan' juga lebih memilih seorang wanita yang bijak
dalam tindakannya, indah tutur bicaranya dan mulia perilakunya.
Jangan
cemburu apabila diri mu tidak cantik duhai wanita kerana cantikmu bukan di
situ. Tetapi di dalam hati. Lelaki yang baik akan menilai hatimu yang cantik
bukan rupamu.
"Pandangan
mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu meluluh,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Jika hati itu bersih..."
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu meluluh,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Jika hati itu bersih..."
Hiraukan
kata-kata cemuhan dan sindiran. Kerana mereka buta mata hati. Percayalah hanya
jodohmu akan bijak menilai dirimu. Justeru, tidak perlu bersusah payah bersolek
sebelum nikah, tetapi bersusah payahlah untuk membina 'cantik' serinya yang
bermula dari hati.
Sesungguhnya
hati yang bersih akan mencerminkan keindahan peribadi, dengan cerminan itulah
dirimu lebih cantik daripada wanita yang hanya cantik dipandang semata-mata
namun 'kurang cantik' dalam menghiasi diri dengan kemuliaan akhlak.
Senyumlah,
dan jadilah wanita yang cantik pada pandangan Allah.
No comments:
Post a Comment