Di saat kita mengatur langkah, merancang untuk menuju ke fasa yang
penuh cabaran dan mehnah, adakah impian untuk membina baitulmuslim akan
mempunyai pengakhiran yang indah belaka? Adakah niat kita untuk berbaitulmuslim
benar-benar tepat dengan matlamat asalnya iaitu menikah di jalan dakwah?
Takdir
yang bakal tiba segalanya berada digenggamanNya. Kita hanya mampu bertanya
namun, jawapannya akan terjawab tatkala kita sudah pun berada di'dalamnya' -
alam berumahtangga.
Terdapat
beberapa kisah benar wanita solehah yang ingin ana kongsikan bersama-sama untuk
dijadikan sebagai satu motivasi supaya akhowat tetap teguh sebagai seorang
Da'ie di jalanNya. InsyaAllah.
Kisah
1
Kagum sungguh dengan ukhti yang seorang ini. Sebelum ukhti ini berubah, dia
pernah bercouple dengan seorang akhi. Dahulu
kedua-duanya masih lagi di jalan kejahilan. Dan selepas Allah memberikan
hidayah kepada ukhti ini terlebih dahulu dia terus-terusan bermujahadah di
jalan Allah.
Bertahun-tahun
lamanya ukhti ini bermujahadah. Manakala akhi ini pula terus-terusan cuba untuk
menganggu ukhti tersebut dan ingin mendapatkn kepastian mengapa dia
ditinggalkan begitu sahaja. Dan akhirnya akhi ini pun mengalah dan dia pula
diberikan hidayah oleh Allah. Masing-masing mula menyepi dan mantap di jalan
dakwah.
Selepas
bertahun-tahun menyepi akhi ini mula mencari ukhti tersebut di facebook. Dan
selepas ukhti ini melakukan istikharah, yakin dengan ketentuan yang diberikan
olehNya, ukhti tersebut terus memulakan langkah perkenalan untuk ke langkah
seterusnya. Alhamdulillah, baru-baru ini saya menerima walimatulurus daripada
mereka berdua. Bersyukur ke hadarat Illahi kerana usaha mereka mujahadah
bertahun-tahun lamanya akhirnya berbaloi juga. Allahuakbar.
Kisah
2
Seorang muslimah, alhamdulillah jodohnya ditetapkan awal oleh Allah. Menikah
dengan seorang ikhwah. Yang kelihatan mantap di jalan dakwah. Gerak dakwah
berterusan selepas perkahwinan sepertimana sebelum menikah. Namun kini
kedua-duanya berhenti daripada terus bersama. Silapnya di mana? Wallahua'lam. Allah
lebih tahu apa yang terjadi di tengah perjalanan perjuangan.
Kisah
3
Sudah beberapa tahun menunggu kedatangan seorang ikhwah. Namun belum datang bertandang. Dalam penantian, beberapa lamaran menjelma. Walaupun usia makin bertambah, namun setiap risikan dan lamaran ditolak dengan sebab lelaki tersebut bukan ikhwah yang didamba peribadinya.
Sudah beberapa tahun menunggu kedatangan seorang ikhwah. Namun belum datang bertandang. Dalam penantian, beberapa lamaran menjelma. Walaupun usia makin bertambah, namun setiap risikan dan lamaran ditolak dengan sebab lelaki tersebut bukan ikhwah yang didamba peribadinya.
Sehingga
sampai ke satu masa, akhirnya tibalah saat-saat yang dinanti. Datanglah
permintaan berbaitulmuslim dari seorang ikhwah, yang sangat mantap dalam gerak
dakwahnya. Dan akhirnya istiqamah sehingga kini.
Saat
ditanya, kenapa akak sanggup tunggu? Dia cuma tersenyum sambil berkata,
"kerana akak yakin akan janji Tuhan. Dan akak akan tetap
tunggu 'ikhwah' sampai bila-bila. Dan dalam baitul muslim, bukan bergantung
kepada siapa yang kita suka, tetapi kita perlu bersedia menerima sesiapa
sahaja, asalkan dia tetap berpegang kepada fikrah yang sama. Itu prinsip
akak."
Kisah
4
Tetap juga menunggu beberapa tahun sehingga lewat 20-an. Akhirnya datang lamaran daripada seorang lelaki, yang bukan mantap agamanya. Dan keduanya bertunang. Beberapa bulan selepas pertunangan, datanglah beberapa risikan daripada ikhwah melalui ibu usrahnya.
Tetap juga menunggu beberapa tahun sehingga lewat 20-an. Akhirnya datang lamaran daripada seorang lelaki, yang bukan mantap agamanya. Dan keduanya bertunang. Beberapa bulan selepas pertunangan, datanglah beberapa risikan daripada ikhwah melalui ibu usrahnya.
Namun
takdir mendahului, sudah menjadi tunangan orang, yang bukan seorang ikhwah. Dan
kini, alhamdulillah ukhti itu tetap bergerak, dan mendapat sokongan zaujnya
walaupun bukanlah seorang pendokong. Namun tetap seorang penyokong yang baik.
Demikianlah
takdir susunan Allah pasti adalah yang terbaik. Yang tinggal adalah apa yang
kita betul-betul inginkan. Adakah hanya sebuah rumahtangga untuk menghalalkan
hubungan? Atau sebuah perkahwinan supaya tidak bersendirian? Atau sebuah
baitulmuslim untuk sama-sama berjuang di jalan dakwah?
Kesimpulannya,
dalam merancang niat juga usah dilupakan. Niat awali lah ia hanya semata-mata
kerana Allah. InsyaAllah, pastinya sebuah perancangan yang diniatkan keranaNya
akan mendapat rahmat dan berkat dariNya. Jika seandainya perancangan kita itu
tidak terjadi, pasti hati kita mudah merasa redha dan tenang menerimanya. InsyaAllah~
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment