ANDAI ditanya kepada 10 orang lelaki dan 10 orang wanita akan
makna cinta buat diri mereka, pasti jawapannya yang diperolehi adalah 20
jawapan yang berbeza dan antara jawapan yang popular adalah, "Cinta itu
subjektif."
Benarkan
begitu?
Benarkah
cinta itu subjektif dan bukan bersifat objektif?
Ya, kita
akui makna kepada cinta sudah dikaburi dan dikelabui dengan pelbagai anasir dan
mehnah semasa yang terus membawa kemuliaan dan keindahan cinta daripada makna
sebenarnya.
Dalam
al-Quran ada menyebut mengenai limitasi cinta yang membebat minda
dan nubari umat manusia keseluruhannya. Allah nyatakan manusia sengaja
diciptakan oleh-Nya dengan sifat itu.
Firman
Allah yang bermaksud;
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kecintaan
(al-hubb) kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan
anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun daripada emas dan perak;
kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta
kebun-kebun tanaman. Semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia dan
(ingatlah), di sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu
Syurga)." (Surah al-Imran 14)
Secara
literal dapat kita fahami bahawa Allah memang sengaja mencipta fitrah kecintaan
yang disukai oleh nafsu iaitu:
1. Perempuan
2. Anak-pinak
3. Harta
benda yang banyak daripada emas dan perak
4. Kuda
peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak
5. Kebun-kebun
tanaman.
Nampaknya
kesemua kriteria tersebut boleh dikiaskan dan dinisbahkan dengan kitaran hidup
kebanyakan manusia pada hari ini yang;
Apabila
sudah dewasa dan matang (kadang-kadang tidak cukup dewasa dan matang
sekalipun), atau hari ini pengukurnya adalah setelah tamat pengajian ijazah
sarjana muda dan mula bekerja, rasa ingin berteman atau lebih spesifik
mencintai dan dicintai oleh pasangan masing-masing sehingga bekahwin.
Kemudian
keinginan memiliki zuriat untuk mencintai dan dicintai bagi melengkapkan
kehidupan sebagai sebuah keluarga. Pastinya mahu mengumpul sebanyak yang
termampu harta benda sebagai tuntutan perjalanan kewangan semasa dan masa depan
kemudian memiliki kenderaan yang selesa dan mempunyai rumah atau kawasan
sendiri yang mempunyai kawasan dan permandangan mendamaikan.
Kemudian Allah nyatakan pada akhir ayat
tersebut, "Semuanya
itu adalah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), di sisi Allah adalah
tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."
Mesej
yang jelas dan padu daripada Allah buat hamba-Nya bahawa ada kecintaan yang
lebih besar perlu dikejar kerana kecintaan tersebut punya nilai yang besar di
sisi-Nya malah menjamin hamba-Nya itu ke syurga abadi.
Rumusannya
adalah, Allah memberikan kriteria yakni hanya kecintaan yang akhirnya membawa
manusia kembali kepada-Nya sahaja akan dijamin syurga abadi di akhirat kelak.
Bermaksud, kecintaan yang tidak membawa kepada Allah akan mendapat natijah
sebaliknya. Justeru, setiap kecintaan kepada perempuan, anak-pinak, harta
benda, kenderaan dan kebun tanah sendiri perlu membawa di pencinta kepada Allah
bukan sebaliknya.
Tahukah
kita akan cinta itu?
Ada
kurang lebih 60 istilah yang boleh dinisbahkan kepada cinta? Selain daripada
perumpamaan seperti singa dan pedang, bencana yang besar, arak yang memabukkan
dan pelbagai perumpaan yang dijadikan bahasa ekspresif golongan pencinta
khususnya mereka yang pandai menukang syair dan puisi serta sajak.
Demikian
dinyatakan oleh ilmuwan Islam besar, Syeikh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah r.h. yang
merupakan anak murid kanan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah r.h. dalam karya yang
berjudul Raudatul Muhibbin wa Nuzhatul Musytaqin.
Untuk
menjadi seorang pencinta sejati dan mahu meletakkan kecintaan tersebut pada
tempat yang sepatutnya, menjadi kawajaran kepada kita untuk mengetahui dan
memahami akan istilah-istilah daripada dasar kepada kecintaan itu sendiri.
Cinta
yang membawa kepada sebaik-baik tempat kembali yakni di sisi Allah Subhanahu Wa
Ta'ala.
No comments:
Post a Comment